Sunday, September 23, 2012

Legoland - The Review.

note: brace yourself, long post plus heavy post is coming through. :)

holla.

ehem. aku tau aku dah berjanji dengan beberapa rakan untuk menulis review tentang Legoland sejak aku pergi dua minggu lepas. padahal dah tulis dekat facebook tapi nak jugak dekat sini. hehew. baiklah.maafkan saya kalau bercerita tak lengkap atau kurang menarik, i'm not a good storyteller. isk. emo pulek.

terlebih dahulu aku nak berterima kasih banyak banyak dekat akak ipar, Kak Su dan abang sebab sudi bawa adik dia pergi sana. ini semua gara gara akak ipar dapat 5 tiket free sebab dia kakitangan sekolah di Kangkar Pulai. untuk pengetahuan, sekolah sekolah yang berdekatan dengan Legoland memang dapat tiket free untuk preview sebelum buka secara rasmi. mula mula jual mahal cakap dengan diorang 'adik tak nak pegi lah nanti dah siap semua baru pegi' tapi bila pikir balik ianya FREE FREE FREE (gema sikit) ku berubah fikiran. muehehe.

aku pergi 10 september lepas, hari Isnin. aku syak diorang memang sengaja buat hari kerja, supaya semua orang tak puas hati pergi sekejap je, especially yang bawa budak budak. bayangkan aku pergi pun tak lama sangat, 2-3 jam saja dekat sana. at the end of the day ramai budak yang merengek dekat parent "mak lain kali kita ergi sini lagi tau tau tau!" mak mereka cuma mampu menjawab "yelah". aku tak tahu lah itu cuma permainan ibu bapa dengan membuat janji palsu ataupun balik rumah nanti dia terus beli annual pass. lol





gambar atas ni sebenarnya rupa tiket masuk ke Legoland. nampak macam biasa tapi kalau hilang tak boleh keluar la korang. sebab dia guna sistem scanner. yang tak bestnye tiket ni tak boleh refund kalau in case of bad weather. jadi kalau nak rasa selamat better beli annual pass terus. tiba tiba hujan boleh pergi lain kali. ye dak? amboi. suka hati aku je.




mula mula sekali meh aku terangkan sikit pasal Legoland ni. Legoland ni terletak dekat Medini Land, Nusajaya, Johor which is 40 minutes away from my house. dekat je. jalan nak pergi senang sangat, boleh ikut signboard, kalau tak tahu jugak guna GPS ye? memang legoland ni family oriented, so fokus umur untuk Legoland ialah untuk 3 hingga 13 tahun (sumber: website Legoland). memang sesuai sangat la kalau family yang ada anak kecik bawak datang sini.

actually ini temasuk dalam projek pembangunan iskandar. antara projek yang dah siap dekat sini hanyalah Legoland. Legoland Hotel, Mall (katanya lebih besar dari Pavilion and Vivo City Singapore) and other huge project still on-going or in planning stage. so kalau sampai sini memang boleh tengok kawansan sekitar masih tandus dengan machineries bersepah.  maybe diorang nak rolling duit dulu kan so diorang proceed dulu dengan Legoland. oh QS sangat aku ni.

masa nampak logo Legoland atas bukit masing masing eksaited gila. haha. tipu la kan bukan senang nak eksaited gini.

parking kereta jangan risau, memang gila besar boleh muat 10 kapal terbang (over). tapi one sad thing about Legoland is the car park is way TOOOOOOO far from the actual location. ada lah dalam 1km kot. so jangan berangan nak pakai Stilettos killer heels wedges selipar jepun pun tak digalakkan. because you might regret it. better if you wear sport shoes or other kasut yang ada sama function dengannya.


jalan menghala ke Legoland. berbumbung, tapi tak sangat. haha.


nampak yang dekat hujung tu ada bangunan warna merah? itu bukan Legoland, Legoland bertentangan dengan bangunan tu. aku tak berapa sure dalam bangunan tu ada apa, tapi aku rasa mostly kedai makan sebab dekat luar ada KFC and fast food yang lain.

hah.sebelum ni meh tunjuk dulu peta overall Legoland dulu. dekat sini kita boleh ada 7 station. so moh kita cerita part by part. aku berjalan anti-clockwise start dari The Beginning.

The Beginning. 


 
setelah kita penat berjalan dari tempat letak kereta, akhirnya kita akan nampak logo besar yang membuatkan setiap pengunjung wajib posing posing ambil gambar. di sini lah permulaan Legoland. dekat belakang tu entrance and also exit. dekat sebelah pintu gerbang ni pulak tempat beli tiket. 

masuk masuk je Legoland ni kita akan jakun sikit sebab banyak lego di merata. and shops and service centre on the left. toilet and cafe on the left side.

Lego City

section ni lebih kurang macam nak bagi exposure dekat kanak2 macammana nak bawa kereta, boat dan lain lain.


Boating School -some place that you can row the boat with your family - or mainly with your adik/anak saudara/anak kecik. muatan : 2 orang; seorang dewasa dan sorang kanak2. sangat comel boat ni. boat ni pakai bateri and safe, so no worries. dekat tengah tu lego men bergerak2 dan berbunyi. sangat comel.



Driving School - where you can let you children learn how to drive a car. jangan risau, tak laju pun benda ni. so comel tengok budak budak bawak kereta not in the line. tak silap ada dua bahagian; untuk junior and older children.



Legoland Express - train station untuk pengunjung. so boleh la naik big size lego bentuk train pusing satu Legoland. too bad time pergi dia tak launch lagi, still waiting for 15th.



The Shipyard - some sort macam normal playground but better slides. the place where kanak kanak kecik macam fatih pun boleh enjoy.



 Rescue Academy - place game where give a chance to your children being a firefighter. a family of three or four can enjoy it together. two adult and two kids. strictly for height 90cm and above. game dia macam ni, kau akan bawa lori bomba tu sampai ke pili, then rotate the lever sambil halakan hose ke tingkap yang ada api. tapi tak ada lah api betul, cuma board yang ada gambar api lol. tapi aku tengok macam penat je game ni so pass.









City Airport - the airplane games! game untuk bgi kanak2 rasa feeling naik flight or jadi pilot. maksimum penumpang sorang dewasa sorang kanak kanak or dua kanak kanak lebih 120 cm.


so comel. construction sangat :)



Land of Adventures



Section ni more pada tema firaun dan dinosaur, even aku sendiri tak paham apa kaitan antara kedua benda tersebut. 




Lost Kingdom Adventure - too bad tak masuk time hari tu. ramai sangaaaat orang. so tak tahu apa yang ada, tapi rasa macam menarik. and yeah, big tall pharaoh at the front.






Beetle Bounce -  yay! i love this game! some sort like rodeo ride dekat genting tu. and dia turun pun tak ada lah heart torture sangat. tapi cukup buat aku ni rasa geli hati . eh. 6 orang sekali naik; 2 dewasa 4 kanak kanak.


Pharaoh Revenge - tak masuk, sebab memang special untuk budak budak. dalam tu ada slides terus terjun ke bola. isk nak main jugok *nangis




Dino Island - I dont know why ada dino theme dekat sini tapi tak apa lah. tengok macam best juga. ala ala macam log ride dekat other theme park. menurut sumber nanti ada la dinosaur kacau kacau masa tengah ride tu. cool.

RAWR! :3

Imagination


this section is more to let the children create their own world. yang best dekat section ni ada tempat kita boleh main the real lego tanpa mengira umur. hehe


i love this rather than anything else there. memang paling cool lah. everytime berdiri dekat dengan instrumen, dia akan keluarkan bunyi instrumen, tu. contoh i stand in front of saxophone, bunyi saxophone akan keluar. bunyi drum, bunyi akan keluar and if you run around possibly you can make all the instrument 'played'. even penat, main benda ni akan bagi happy thing. yay! :)

Surau ada dalam section imagination ni. besar, and bersih :)


Duplo Playtown - tempat yang memang sesuai and comel sangat untuk kanak kanak umur 3-7 tahun. ada rumah rumah macam atas ni and others. tempat dia pun indoor so tak panas. ohh i'm sorry for being in there -.-'


Duplo Express - a cute train just for young kids untuk naik. boleh nampak husna, anak abg naik dalam gerabak ketiga. wah gerabak gitew. terletak dalam/sebelah Playtown.



Lego Studio - which is where the whole family can experience 4D movies. time aku pergi ramai sangat orang nak tengok, plus waktu tayangan every half and hour so malas la.




 

Observation Tower - the tower that can get people up to the sky. haha. tak ada lah. lebih kurang macam KL Tower, tapi dia punya pelantar tu boleh bergerak turun naik. kalau naik kita boleh nampak satu legoland. too bad tak boleh naik juga time ni. *sad



Kids Power Tower - satu dewasa satu kanak kanak. time aku pergi ini pun tak dibuka lagi. tapi aku tengok dekat youtube, game ni macam kita hiking sambil duduk sebab kita akan panjat tali (yang dekat tengah seat tu) untuk naik ke atas dan kita lepaskan kalau dah sampai ke puncak. confirm berpeluh



 



Build and test - besically its lego world! tempat ni lah kita boleh main lego macam dulu, bina la apa yang kita nak, sebab apa bentuk lego sekalipun ada dekat sini. lepas pasang pasang kita boleh check lego yang kita bina ni kukuh ke tak dengan letak atas earthquake shaker (papan hijau gambar kanan). kita boleh control dia gegar kuat mana. kalau sampai paling maximum pun bertahan, maknanya kukuh la tu bangunan tu. hehew.


 Kwangsoo! lol. btw this is baby care centre. :)

Lego Kingdom

nama pun dah kingdom, so mesti semua orang dah boleh agak tema dia apa kan? hehe. betul la tu. ada kuda askar, askar askar awesome and castle. but dekat sini baru ada roller coaster bro. baru thrill sikit. by the way, aku taksnap gambar Merlin's Challange. tak tahu pun dia kat mana, tapi katanya ia carousel.



Royan Joust - a place where the kid can get the feeling of being a soldier. diorang akan naik atas kuda askar and lawan medieval. (konon la je la, no worries, everything is safe)



Castle Stage - kawasan castle. dekat sini ada la jual jual sikit. booth booth tapi tak payah la nak beli. barang dekat pasar malam tappi harga macam dekat pavi. pui -.-



The Dragon - senang cerita ini roller coaster.  tapi no worries, tak de la laju gila macam sunway lagoon. haha. sebelum dia turun laju laju tu dia lalu kawasan ada dwarf and merlin. comeeel! actually ada dua roller coaster, satu yang ni , and satu lagi Dragon Apprentice, untuk kanak kanak. lebih rendah, and slow. :)



The Frostmen's Hideout - actually its just a playground.



time beratur nak naik dragon,ada dia letak buku lego ni. sambil tu ada sound like she reading from the book. style. 

some advise from..Maybank. lol

Miniland

as you know, dekat miniland ni lah segala awesome replica of mega structure from all over the world ada. memang awesome betul. ada LRT yang bergerak la, bus la, train la. so cute and imaginative. dekat sini aku post sikit jelah, banyak lagi sebenarnya yang ada. more picture view dekat facebook abang aku okay? (link bagi at the end of entry).

Taj Mahal. ni kali kedua dah tengok replika taj mahal. hehe


Pelabuhan Klang. all the crane tu bergerak berak tunjuk motion macam tengah angkat barang. cool okay.


Monorail station! Monorail dia bergerak around the place. macam real je.


KLIA.

Technic

 a place for action and workshops. time pegi sini dah penat sangat so memang pergi sebab nak ambil gambar. banyak benda menarik sebenarnya dekat sini. rugi tak pergi section ni awal awal. isk. yang tak diambil gambar; Lego Academic and Lego Brain storm.



 Technic Twister - sama macam naik cawan pusing pusing tu. aku suka benda ni tapi tak sempat nak naik *creyy




Project X - lebih kurang macam roller coaster but i bet its more fun and longer track. dia bunya 1 train naik 4 orang. teringin jugak nak naik *nangis lagi



Aquazone Wave Racer - aku tak berapa paham game ni, tapi rasa for sure mesti basah. sebab tak ada orang boleh agak bila water bomb tu terjadi. and penonton pun boleh sama sama kenakan orang yang tengah main dengan sembur air dari hose dekat tepi tu, tapi beware, water bomb maybe kena dekat kamu juga.

okay! berakhir sudah review tentang ketujuh tujuh station yang ada. panjang kan? tau takpe. bagi aku kalau nak pergi sini please please bawak siap siap payung, shades, makanan, and minuman sejuk untuk anak anak (and for yourself). sebab :





 barang barang yang ridiculously mahal gila _____.

sooo. apa yang aku dapat dekat sini, tempat ni memang menarik, cantik kalau nak ambil gambar. but that's it. because its not made for you, but your kids. suasana yang outdoor, luas, it really feels like in the fairy tale place. pergi mana ada background lagu yang ceria, and you will see lego's everywhere.kedai souvenirs pun banyak, every station ada satu. ada keychain bentuk harry potter movies. so cute.


one of the legossss


however, aku rasa tempat ni tak sesuai pun kalau couple nak pergi nak berdating, or orang tua, orang even parent sang teringin na pergi honeymoon taknak bawak anak, because i think the best age untuk pergi sini 3-11 years old.

kalau bagi parent yang nak bawa anak, sangat digalakkan. mainan banyak yang selamat, and Legoland gives you more chance to play with your kids. you'll see your kids will smile all the way, tapi please prepare makanan apa patut sebab harga amboi amik kau.

but please dont bring your children yang still infant age (0-2) because it will become such a hassle, nak main game pun tak boleh. lagi teruk kalau anak antibody tak kuat, maybe boleh dapat sakit. macam anak abang aku, kena gatal gatal. so sabar la ye tunggu anak besar sikit baru boleh main sama sama.

so pada kawan kawan yang nak pergi dengan kawan or pasangan, lupakan saja lah because you will see alot of STROLLER everywhere. peh. tapi boleh je kalau korang nak pergi, nak ambil gambar cantik2, bergaya dengan lego lego yang ada, pun boleh. terserah anda. hehe

last thing, to me Legoland ni macam new side of Tourism Malaysia especially johor. go go Johor! cewah.


nah hadiah. pilih lah mana nak.dah pilih main jauh jauh.

harap korang puas hati review ini. hope you will enjoy your trip here. kbye.sebelum berakhir meh tepek sebijik muka aku.

serabai. thats why tak mau letak muka banyak banyak.

sumber info tambahan : legoland.com.my
sumber gambar tambahan : encik cot (facebook)


No comments: