Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts

Sunday, September 23, 2012

Legoland - The Review.

note: brace yourself, long post plus heavy post is coming through. :)

holla.

ehem. aku tau aku dah berjanji dengan beberapa rakan untuk menulis review tentang Legoland sejak aku pergi dua minggu lepas. padahal dah tulis dekat facebook tapi nak jugak dekat sini. hehew. baiklah.maafkan saya kalau bercerita tak lengkap atau kurang menarik, i'm not a good storyteller. isk. emo pulek.

terlebih dahulu aku nak berterima kasih banyak banyak dekat akak ipar, Kak Su dan abang sebab sudi bawa adik dia pergi sana. ini semua gara gara akak ipar dapat 5 tiket free sebab dia kakitangan sekolah di Kangkar Pulai. untuk pengetahuan, sekolah sekolah yang berdekatan dengan Legoland memang dapat tiket free untuk preview sebelum buka secara rasmi. mula mula jual mahal cakap dengan diorang 'adik tak nak pegi lah nanti dah siap semua baru pegi' tapi bila pikir balik ianya FREE FREE FREE (gema sikit) ku berubah fikiran. muehehe.

aku pergi 10 september lepas, hari Isnin. aku syak diorang memang sengaja buat hari kerja, supaya semua orang tak puas hati pergi sekejap je, especially yang bawa budak budak. bayangkan aku pergi pun tak lama sangat, 2-3 jam saja dekat sana. at the end of the day ramai budak yang merengek dekat parent "mak lain kali kita ergi sini lagi tau tau tau!" mak mereka cuma mampu menjawab "yelah". aku tak tahu lah itu cuma permainan ibu bapa dengan membuat janji palsu ataupun balik rumah nanti dia terus beli annual pass. lol





gambar atas ni sebenarnya rupa tiket masuk ke Legoland. nampak macam biasa tapi kalau hilang tak boleh keluar la korang. sebab dia guna sistem scanner. yang tak bestnye tiket ni tak boleh refund kalau in case of bad weather. jadi kalau nak rasa selamat better beli annual pass terus. tiba tiba hujan boleh pergi lain kali. ye dak? amboi. suka hati aku je.