Friday, January 1, 2016

Kos Bajet Kahwin Saya (Part 1)


cilok dari fesbuk. lol
*danger : extremely longgggggggggggggggggggggggggggggg entry*

Salam hi chuols. Selamat Tahun Baru! omgggggg dah seperempat dekad umur aku woii! gile betul. hai Kecik, semoga tabah mengharungi hari hari yang mendatang.

soo semperna 2tahun 2016 ni aku dah pasang azam. Aku nak jugak share pasal wedding aku so mane la tau ade someone stumbled this blog dan baca, mana tahu ada manfaatnya, insyaAllah. 

Actually aku kawen da lama kot so macam takde la ingat sangat. Aku kawen sept 2014, setahun lebih dah nak dua tahun dah weyyy hahaha bapak lama. Tapi aku bersyukur sangat aku kawen before GST impose, so harga still reasonable lah. Kalau aku dengar kawan kawan aku bagitahu bajet dia kawen after gst, tertelan ayaq lioq jugak la. 

So first mende yang korang kena tahu before proceed baca,  yang ni more pada bajet kawen simple tapi realistik. Kitorang punya majlis gabung belah lelaki and perempuan. Jemputan kitorang pon tak ramai. Dalam 800-900 untuk both family punya guest. Duit hantaran yang Kadiaq kumpul semua ghaib pergi bayar segala untuk kenduri. Masa kenduri tu buat tanda je.

Kitorang bukan berasal dari family orang senang. So kitorang dalam setahun dari masa kitorang decide nak kawen, kitorang kumpul duit sendiri. kumpul gile gile sampai macam tak nak makan dah. Hahaha. Semua untuk kawen. 

Tapi dah nama nye nak kawen ade jela ujian kitorang kena hadap. Ujian kitorang datang mostly dalam bentuk duit lah. Masalah bertimpa timpa sampai one time tu terpaksa nak pinjam duit dekat bank. Tapi sampai bank, bank refuse nak bagi sebab nama kitorang bersih sangat. Ape ke siput gonggong dan cetan reason tu. Terduduk depan bank masa tu sebab wonder ape nak buat. Tapi Allah permudahkan urusan. Alhamdulillah. Akhirnya kitorang selamat kawen dengan jayanya. Rasa nak nangis sebab rasa achievement yang paling power kitorang pernah buat. Kitorang happy sgt. T.T

Ok tutup cerita sedih setahun lebih dulu, sekarang kita nak cerita pasal perbelanjaan kahwin. 
tulisan cakar ayam omg ampunkan beta

So few days back salah sorang kawan aku tanya berapa bajet aku kawen dulu. So i write that down dengan tulisan cakar ayam because yeah im no patient person. i know. hakhak. Ni untuk Satu majlis ye. Overall nikah sanding  buat satu hari and tempat yang sama.

So dekat bawah ni aku nak elaborate sikit point point mende korang kena bayar or allocate bila nak buat majlis kahwin

1. Makan catering - Rm 10k

So actually makan ni mak yang tolong pilih. Mula mula nak pilih caterer lain tapi macam tak best sebab dia masak tak sedap sangat. So one day mak pergi satu kenduri ni and dia rasa macam sedap gila. Then cari la caterer tu. Then bincang punya bincang dia tawarkan harga 10k untuk 800 tetamu (800 +- 200 makanan lebih + 50 bontrot (nasi berkat) untuk saudara) untuk dekat dewan.

Caterer ni dia bagi kitorang pilih nak lauk apa, makan apa masa kenduri. So dia bagi pakej:
(2 lane makanan)
2 jenis nasi
1 jenis ayam
1 jenis daging
2 jenis buah
2 air panas + 2 air sejuk
4 jenis kuih
1 cendol ? (Ni tak sure)
Makan damai yang kitorang xmakan dengan aman damai hahaha. (Regardless. Im happy)
Kerusi, meja dan alas meja boleh request kaler apa. Masa kitorang kitorang pilih kaler biru. Yuhuu.


masa tengok ni rasa omg omg eksaited gile babs betoike kite nak kawen ni kadiaqqqq kakaka

Mula mula ingat nak ambik candy booth. Tapi fikir dah banyak makanan, tak pe lah. Dah pawer dah tu (tips saving kahkah)

DJ pun ambik dengan kawan caterer. Ade la dalam rm 200 kot. Masa before wedding semangat download lagu tapi masa hari majlis lagu semua entah kemana. Messy gile hahah.

2. Goodies - rm 1500

Soo disebabkan kitorang bajet tak banyak untuk goodies, so kitorang fikir apa yang menarik tapi dengan harga yang murah. Masa aku kawen paperbag coklat dengan doily paper tengah 'in' masatu. Tapi konon taknak sama dengan orang aku ganti doily paper dengan tali and order custom Stamp Chop (Rm 40 termasuk postage) dekat ikahwin untuk ganti thank you tag.

Sory fie joy, gambar korang je yang pegang goodies kt ig. Kahkah.
Haaa contoh goodies ni macam kawan kitorang pegang dekat atas. Gagah gile ikat, chop, and masukkan jajan, zikir harian/tasbih. Sakit gila tangan. Kalau tak tekan betul2 tak cantik stamping tu nanti. Stamping tu pun kadiaq design sendiri ikot HJStory punya gambar.

Goodies yang kitorang isi dalam bag tu ialah Jajan dan zikir/tasbih. Tasbih tu mak aku buat sendiri since mak bosan dia tak tahu nak buat apa sebab aku buat preparation sendiri haha. Tasbih mak buat dalam 400 utas. untuk buku zikir tu order dekat kedai super murah dekat RNDesign. tapi kena tabah sikit la sebab dia lambat sikit. hhaha. zikir dalam 500 buku tak silap.

Untuk jajan, kitorang pilih gula gula yang kita selalu makan masa zaman sekolah rendah dulu. Gula gula susu, coki2, gula2 panjang tu lupe dah nama and gula gula asam. Murah, and kind of cute plus senang tetamu nak bawak sebab tak berat.

So tadaaa jadilah goodies hipster. Lol.

3. Bridal - RM 6,500 - Rm 7,500

Skop bridal ni besar sebenarnya. dan subjektif. ade orang nak berbelanja besar dekat baju, ade untuk pelamin and ade untuk make up. bagi aku yang penting baju dengan pelamin. make up ikutkan hati nak lawa tapi yang lawa semua starting harga seghibu. kau ghase? -___-

beberapa jugak la bridal aku pergi nak survey kononnya, siap kena tipu dengan bridal lagi. ahhaahahahahakuajaq sungguh.  pergi expo pengantin, kadang kena hina je sebab muka miskin muka budak nak main kawin kawin.

konon aku dengan kadiaq taknak lah pilih pelamin gaya sama dengan orang lain (bajet hipsturr walaupun sengkek) so kitorang memang willing spend lebih untuk bridal. kebanyakan jumpa dekat expo dan termasuk yang menipu tu pun lebih kurang je so kitorang tak puas hati. so aku pun google dekat internet, "best bridal in JB" kot. gitu lah. sekali keluar Prettyphannatiq Wedding dekat hasil carian. belek punye belek memang tak famous langsung nama bridal ni, tak pernah dengar and tak pernah lalu mana mana jalan dekat JB ni nampak nama dia, tapi pelamin deco dia buat semua lawa gile (really digs that black and white walkway) so kitorang decide nak jumpa akak tu.

pendekkan cerita akak tu memang baik gila. Linda namanya. even kitorang macam orang sengkek tapi dia layan baik, tak de diskriminasi. kitorang request pun dia buatkan je. ade yang dia tak setuju tapi dia replace dengan something more worthy la aku rasa. semua benda dia yang setelkan, decokan, dan kitorang excited sangat tengok hasil dia. (mata ade love love)

must admit, bit pricey dari bridal lain tapi kalau korang teringin jugak nak ade pelamin pawer boleh ambil dia as bridal korang.

so kitorang ambik dengan dia (RM 6000+RM400 transport):

1. pelamin (of course)
2. deco meja beradab
3. walkway
4. make up (2x)
5. tapak letak barang hantaran
6. photobooth
7. fresh flower hand bouquet

actually kitorang tak expect dapat photobooth sekali. bila tengok dia pasang malam tu rasa excited gile. haha

backdrop putih tu jee dia guna 64 helai kain. gile respect.  kerusi tu kadiaq yang request sebab nampak dekat kedai dia haha

walkway hitam putihhhh. too bad tak de gambar kiri kanan, lawa sangaaat. dengan fresh flower segala   



meja beradab ni sayang, takde gambar nampak deco. sedeyyy

note that baju aku tak ambik dengan dia, sebab aku ade kenan satu baju masa pergi expo tu and aku intend nak sewa. haha. baju kadiaq kitorang beli sebab susah nak cari blazer saiz kecik. lagi pun boleh pakai lain kali. sewa baju dalam 500 ringgit, dan baju kadiaq 400 ringgit (seluar, blazer, baju kemeja and bow tie kade buat sendiri)

close up baju. tudung dari calaqisya. spend too much time worrying about pelamin sampai terlupa nak cari scarf dan lain lain

bow tie tu dia buat pagi tu before nikah. haha

andddd for baju nikah sebenarnya ade story behind tu. long story short macam kena tipu (lagi) dengan tailor sebab mintak lain dia buat lain and end up jahanam baju so kucar kacir la lagi seminggu nak kawen cari baju nikah baru hahaha T_______________________T hangus duit rm200 beli kain.

so weekend tu kucar kacir cari baju baru. mak ajak pergi Angsana. end up jumpa satu kedai jual baju kawin murah. so beli lah baju aku punye rm280 (baju + veil + tudung) and baju kadiaq rm 100.

muka mengantuk tidur sejam je masing masing

kelakar bila ingat time wedding. once in a lifetime opportunity. hahaha. ok point 4-8 aku sambung next entry lah. penat nak taip panjang panjang. bukan orang baca pun. bai chuols.

happy new year! :D



Sunday, December 27, 2015

Bai 2015

Hello.

Hi. Its been a while im writing here. Alah sebenarnya berlambak je draft but im not quite sure what should i said pun. Furthermore kadang kadang rasa nak also close this one and make a new one like before this. Hahaha

Sooo 2016 is coming to town in a few days. ( pardon my english, eventho dekat tempat kerja kena cakap omputih tapi aku selalu bantai cakap melayu)  haha. Seram sebab rasa sekejap betol 2015 ni berlalu. Tak tahu nak kabo mende, too many things happen but at the same time not too much. Entah tak reti nak kabo.

Okay so basically dalam 2015 ni we sticked to our plan; let Kadiaq further his study.

So which mean i resigned from my old job, then konon mencari company lain lah yang best better dan makmur but then no one want to hire me (i think its becausemylack of soft skill)  so i end up apply to my old company in HQ pulak. Lol sangat.

Soo dari kerja takde jumpa tol langsung, sekarang hari hari mengadap tol, jem, ktm, lrt, mengamuk sebab tren lambat, rosak, kena paksa turun lrt or what eves but its okay. Part of my life now.

Dua jam travel per trip  pergi kerja, very challenging sebenarnya tapi sejak duduk sini tukar kerja i really appreciate the value of time, money and other people. Bila tengok orang kerja susah payah naik tren pagi buta sebab nak cari makan, i feel so blessed with what Allah has given to me; a life that maybe other people yearn for. I learned alot from 4 hours trip pergi balik kerja setiap hari. Im being more patient and malas nak melaya  orang.

So dekat office baru ramai office mate muda sama baya, but they all tengah living life; being peak of their bujang life so i can't linger much with them. Ye lah pukul 5.30 or 6.00 dah kucar kacir balik rumah so that i can arrive at ktm on 7.30 so that kadiaq can fetch me so then i will be home at 8 terus chap chus terus masak. No more before 6 i can be at home living life then malam boleh melepak dengan kadiaq dekat mamak. No can do that anymore babydoll. T.T

Our lifestyle really changed 180 degree from before. Lain sangat sangat. But we try to cope because we already planned this before head. Tapi memang mencabar la bila sorang study and sorang bekerja. Finance really eat us alive but we try to holding on. Tak apa. Pegang rezeki tu Allah yang pegang. *pujuk diri sendiri*  :)

Well 2015 berakhir dengan kitorang still berdua, no sign of KnK's jr yet, well we kind of plan it too. Oh well, pray for us for 2016 ye. Haha

2016 aku mengharapkan kehidupan lagi stabil dari sekarang, boleh pergi travel and be happy. Tapi kalau tak boleh travel pun tak apa asalkan we have each other, smiling eventho emo jugak hahahaa. Kelakar pulak rasa.

2015 makes me fall in love more with my man. I learned how to be a better wife. Right now tak de la pawer mana pon. Rumah still kucar kacir and malas bertingkek tingkek lagi tapi kadiaq being so patient melayan and encourage tanpa marah marah. Thanx cayang T.T

Life might not been easy for us. Macam macam hal jadi but each of them makes us stronger as human, as hamba Allah. Alhamdulillah ya Allah, for every single trial and bless.  :)

Azam 2016 saya untuk makin jaga pertuturan. Harap dapat lah. Being negative is so easy peezy nowadays sampai buat baik rasa berdosa sekarang ni.

I thinking alot for this past few month, and i think it wont stop until i achieve what i want. So wish me luck, and for kadiaq too. He's struggling for his master he dont even want to take hahahaaha. Moga Allah permudahkan.

Happy new year everyone. Life not getting easy. It sucks i know. But either way we have to move on and living. Dont give up. Life is precious. Bumi Allah ni semua dari Allah yang Maha Pemurah. Dia yang beri rezeki. Dia yang boleh menjadikan sesuatu.  *belajar tabah*

Bye everyone. Gudluck surviving in this cruel world.

:D








Wednesday, March 25, 2015

#knkBEEtogether : the venue.

Assalamualaikum. hello!

dah pukul 11 malam tadi kadiaq tak balik rumah lagi. oh well. so due to boredom rasa nak borak dekat belog sendiri walaupun kengkadang rasa ntahpape je aku tulis dekat sini. but its okay, takde orang baca (sedapkan hati). eher

tadi aku try nak masak makaroni goreng, tapi dengan bongoknye aku tak check dulu aku ade cili giling tak. rupanya cili giling aku ada dah basi. adei. dah rugi. terus malas dan terus men 9gag.


tetibe terasa nak mengingati (apa ayat aku ni ) masa time prepare wedding dulu.

masa nak prepare wedding, memula kitorang berangan nak kahwin dekat sekolah. sebab konon konon nak mengenang kembali zaman baru cinta bunga bunga sakura berputik time kayuh basikal sama sama wahahaha. then berangan lah nak reenact balik moment time dekat sekolah.

soo time baru lepas tunang tu truih la pi pejabat sekolah kunun nak mntak izin guna dewan. first time pergi aku pergi dengan akak aku. macam harom kena halau siap cakap "mana ada dewan sekolah buat kenduri kawin!" pentipu betei. habis dulu aku pergi wedding dekat situ tu kenduri siapa? hantu? cipan sungguh.

so then i talked to kadiaq. i said to him to try his luck pulak sebab dia kan stock stock budak pandai lagi baik dan kamceng dengan cikgu lulz. since kitorang punye cuti tak sama time tu, (aku cuti sabtu ahad kadiaq cuti jumaat sabtu) so ade one time tu dia kena ponteng separuh hari sebab nak pergi sekolah lagi sekali.

sooo next weeknye kitorang pon pergi lah sekolah lagi sekali. this time kadiaq cakap sendiri, elok pulak kerani tu cakap dengan dia suruh buat surat dekat pengetua if nak guna dewan. chis chis chis chis chis. kenapa layanan aku dengan kadiaq berbeza!

theeeeen balik dari sekolah kitorang terus dengan semangatnya nak buat surat bagi dekat pengetua. then kononnye punya lah nak surat tu sampai dekat pengetua betul, kitorang came out with this crazy idea; pergi rumah dia terus wahaha.

then next weeknye lagi (well kitorang cuti sama hari sabtu je therefore apa nak buat boleh hari sabtu je) kitorang try cari rumah pengetua. nasib lah anak pengetua member kitorang and kawan aku ade tahu rumah dia dekat mana. so kitorang pun rushed la pergi rumah dia. dijadikan cerita, rumahnya tiada orang. omai. "wat is dis" hati aku berkata time tu. then disebabkan tekad gile nak dewan kitorang tunggu depan rumah dia sampai bazar depan rumah pengetua dah bukak and aku sempat beli baju satu. tapi hampa. so kitorang pun pulang lah dengan harapan yang kecewa frust menonggeng seperti rasa nak babap je gate dia.

well, pantang si kecik nak mengalah (kate ko), minggu depannya kitorang try lagi. few days before tu mama kadiaq ada bagi nombor pengetua dekat kadiaq. i dont remember macammane dia dapat tapi awesome jugak la. tu macam last resort la if dia takde rumah lagi haha. well, Allah lagi maha mengetahui, pengetua sekali lagi takde dekat rumah hahahahhaaha T_____________T

so nak tak nak, terpaksa call juga pengetua sebab we cant afford to wait anymore. kadiaq dengan neves tapi gagahkan juga dia call, Alhamdulillah panggilan terjawab.

malangnya, hajat yang di luahkan tak dibalas. mai gad.

rasa stuck gila. masa tu dah bulan tiga, nak prepare semua stuck. kitorang takde tarikh. takde tempat. tak boleh confirm bridal, tak boleh confirm wedding card. everythingggg rasa stuck.

macam down jugak la masa tu. dengan dugaan lain yang melanda tiada berkesudahan ~ well telan ajelah sebab nak kahwin.

tapi Allah sememangnya maha Awesome dan Maha Besar. Allahuakbar.

suddenly my sis said,

"apa kata akak mintak tolong kawan akak, bos dia kenal pengetua"

i was like "seriously? he can help????"

masa tu rasa ragu ragu tapi tu je lah last resort because i dont want to make my wedding at my home sebab malas nak susahkan mak ayah. pengalaman akak dengan abang kawin dekat rumah sungguh disaster. aku dah tak sanggup. waktu abang akak kawen aku yang tolong kemas, time aku sapa nak tolong mak ayah kemas? haaa therefore aku insist nak dekat dewan.

then aku cakap dengan kawan akak sendiri, dia cakap memang dia nak tolong. rasa macam terharu gilaaaaaaa nak menangis sob sob jugak la. hahhaa.

tapi paham ja la, mintak tolong orang, kita tak boleh nak paksa. karang dia bosan. aku pun bersyukur kawan akak tak marah aku asyik tanya tanya sebab aku rasa sungguh STUCK.

masa bulan lima, finally bos kawan akak tanya dekat pengetua. malangnya, it still no. dia cakap;

"masa bulan 9 dah bulan exam. saya tak kisah kalau waktu lain. tapi kalau dah akhir tahun susah sikit"


 CRAY.

despair gile.

down for the second time.


stress agung sebab masa tu macam erkkkk nak buat apa nieeeeeeeeeee huaaaaaaa


again, due to Allah's merciful, dia bagi lagi jalan lain dekat kitorang. *lap ayaq mata*

kawan akak sekali lagi offer untuk book dewan jubli. masa tu rasa erk boleh ke sebab dah memang sohih penuh sebab tahu memang ramai gila orang kawin sana. lagi lah sekarang orang kawin sehari je dekat johor. and actually aku ade gak try mintak sebelum tu tapi dia memang cakap dah penuh untuk bulan 9.

tapi disebabkan Allah maha Pengasih dia lembutkan hati bos kawan akak lagi sekali untuk tolong dan Allah tolong lembutkan hati orang majlis jugak sebab terima surat kitorang untuk mohon guna dewan.  so dapatlah tarikh guna dewan 27 september 2014.

Alhamdulillah.  setelah enam bulan sengsara takde tempat kahwin, kitorang baru confirm ada tempat nak kahwin yay! boleh confirm tempat dengan bridal! boleh tempah kad kawin! sumpah kalut gila masa tu sebab baru rasa macam omg yay nak kawennnnnn

masa dapat tahu pasal dewan tu, dia cakap, sewa dewan 1k, wang amanah fatonah 1k. so total 2k kena bayar tapi bulan ogos karang. masa tu still rasa anxious sebab rasa macam eh betoi ke aku dapat ke tipu je ke ke sebenarnya tak confirm lagi ke ke ke ke tapi work still need to do.

*panic mode*

masa bulan lapan tu, kitorang pon pergi la majlis nak bayar duit. tapi ada satu masalah kecil dimana en abu (kerani majlis) cakap nama aku takde. i was like "WOI AKU NAK KAWIN LAGI SEBULAN KO JANGAN NAK SABOTAJ!". aku terus call cakap dengan kawan akak pasal apa yang en abu cakap aku kena bawak surat lah apa lah untuk bukti aku dapat dewan. mujur kawan akak cakap it's okay, aku boleh ja bayar sebenarnya.

k. next weeknye kena datang lagi sekali bayar duit sewa dewan. masa tu terus rasa ya Allah finally baru rasa betul betul dapat dewan. teruja gila. rasa nak sujud syukur dekat kaunter tu. lapan bulan sengsara fikir pasal lokasi majlis, then its officially mine.yey

 so macam tu lah cerita macammane aku dapat lokasi majlis.

benar orang kata "Allah tak beri apa kita minta, Allah beri apa kita perlu". kita minta yang kecil, dia bagi ujian, tapi Dia balas lagi baik, better awesome dan terbaik dari apa kita nak.

Allahuakbar. :')

ok. till then. kalau rajin aku sambung part lain pulak. bai.

Thursday, March 12, 2015

Happy rant.

Hello.

Its march already. Cepatnye masa berlalu. Dah nak 6 bulan iols kahwin rupanya. *kesat ayaq mata*

Sekatang ni cepat betul lapar. Nasib dekat bawah ade kedai runcit (mahal) so boleh la beli jajan masa bekerja.

Life nowadays pretty okay. Hari hari balik 5.30. Hewhew. Cuma Tak okay kalau bos maki maki suruh ot tapi apa iols peduli. tebgok jam dan cakap *caucinciii~* .

Sejak jadi wife ni sungguh tak banyak masa free yang ada. Betul kata orang, ini kerja full time, bukan part time. But its okay. Im happy. Berkepit 24 jam dengan hasben sendiri and i no longer have to travel anymore. bliss.

So i no longer time (and internet) nak tengok drama korea. Sedih. Semua benda dah tak follow sekarang ni.

Tapi sekarang suka tengok Return Of Superman dekat youtube. Omg cute gileeeeee triplet, sarang, twin dengan yeon. Comel sangaaat. Lagi lagi time  Diorang gabung gabung  bila tengok terus rasa nak anak kembar wkwkwwwkwk

Well boleh berangan je and boleh berdoa. So pray for me, for us and for everyone. Hihi

hmm apa lagi ye?

Oh iols tak zabar. This week ada pergi family trip. Yay! Happiness overflowed . Happy sebab finally pergi trip and this is my last trip pergi dengan office. (Shhh dun tell anyone)

And next week our princess yana kahwin. Wiwiwwwii. Tak sabar nak g klate make budu. My mum said 'go there and return their favor, they do done alot of this at your wedding'. Hihi i will mak ��

Next month gonna be idah's wedding. Ekzaited jugak. Then mimi yana's, then tengkuda's. Omg berderet ��

I hope everyone yang tengah prepare wedding will be run smoothly without hassle and stress. Amiin.

Moga Allah permudahkan urusan semuaaa �� 

Sunday, February 1, 2015

Wednesday, January 21, 2015

Thursday, January 1, 2015

2015.

Selamat tahun baru Rashidah. Im proud of you. Well, i know no else does besides you.

So do better this year okay?

:)

New year. New chapter. New challenge. New adventure. New task.

May Allah ease.

Btw we celebrated our new year by sleeping. Hahahaaahhahha. Rasa tua gila omaigadddd

Well. We used to celebrate new year dekat atas bumbung blok C FSPU. scene paling rare, paling pawer, and insanely beautiful. Nampak whole klang n icity punya fireworks. Ahh rindu.

:')

Apapun have a bless year everybody. Sekarang pun rasa tua. 1st jan kena kerja. Lol.