Thursday, July 6, 2017

Kos Bajet Kahwin Saya (Part 2)

Assalamualaikum! Hai gais. Allahu its been 19 month since my last entry. Rasa nak tampar diri sendiri sebab tak buat2 entry part untuk kos ni.

Sorry lah. Dari hari ke hari (dan tahun) makin malas je. Too many thing happen and we all know everything happen for a reason. :D

Okay fast forward today, its been 33 month since our wedding and insyaAllah i try to remember every detail as momento for me and also guidance for you gais you there yang still cari kos kawen berapa yang sebenar. Takde la yang kawen murah what so ever tu.

(because terkejut beruk nampak view untuk kos kawen punya entry 12k lol terkejut mak noks)

And again sorry kalau aku cakap rojak. Campur. Memang pesen suka feeling cakap berterabur.

And reminder tau. Aku kawen 3 tahun lepas dah lol lama nak mampos tak tau la valid lagi ke tak. Nak selamat korang prorate la tambah 20% additional cost fee (ok qs sangat ni)

sooo mari recap balik entry part 1 yang lepas (padahal post before ni je), iols ade la hapdet anggaran budget yang diperlukan untuk kahwin. budget kawen realistik ye bukan bajet acah acah simple macam kt fesbuk tu. uhuk uhuk.

Again maafkan tulisan buruk saya


entry lepas dah point out nombor 1 sampai 3. sebenarnye kalau nak cerita satu satu tu panjang je tapi tu pun dah compress kan so jadi la tak berapa panjang (padahal panjang je lol). mari kite ke point yang ke 4.

4.  Barang Hantaran (RM2,000.00-Rm2,500.00)

RM400 dari hantaran ni guna untuk beli barang untuk buat bekas hantaran. kitorang bertapa dekat Ayer Hitam 5 Jam lebih sebab nak beli untuk hantaran sendiri hahaha. eksaited weh.

beli tapak hantaran siap bunga paha sekali. tapak bunga paha beli satu percuma 1 so ok lah. hihi

untuk hantaran actually kitorang memang tak nak spend banyak. So takde la tissot ke coach ke safari ke zoo ke mende. Biasa biasa je. Aku jadi dulang girls kawan kawan aku menggigil pegang depa punya hantaran. Kebabom semuanya. Nebes. haha.

Btw, dulu mak request dulang perempuan lagi kurang dari lelaki (pelik i know but whatever) so aku bagi kadiaq 6 dulang dia balas 7 dulang.


al-quran beli dekat Angsana, kasut dekat JPO, dompet dekat Kipmart, Jam, baju melayu Bak, Earphone and Action Camera Lazada. haha. murah selagi boleh
Aku bagi pihak lelaki :

Dulang 1 : Baju melayu BAK. Ingat lagi time tu nak raya dia buat promo 1 baju RM99 plus postage RM1 terus kucar kacir tanya kdiaq nak kaler apa. Hahaha.

Dulang 2 :Jam jenama apa entah. Selamat jalan dah benda ni 🤣 actually beli jam ni kt jpo. Time tu ade 1 kedai jam tu baru bukak masa tu, dapat lah diskaun nak dekat 60% wuhuuu. RM230 untuk 2 jam (termasuk iols punya)

Dulang 3 : Kasut Bonia. Tak ingat tapi rasa almost 250 kot. Masa ni pn sale. Ni actually kasut sanding terus jadi kasut lazim pergi wedding2 orang lain sekarang hahah.

Dulang 4 : al-quran. Beli dekat Badan Cemerlang Angsana. Hahah. Main sebat je masa ni rasa RM30-40 gitu

Dulang 5 : Headphone plus Action Cam jenama apa entah both dah lupa tapi total dalam 300++. Both from lazada hahaha.

Dulang 6 : Sireh! Yang ini sebab mak yang insist nak so kite tak berapa sure la dia dapat sireh tu kt mana. Hahaha. Makcik tolong deco time ni hahaha gagah betul. Thank youuu. :*


hantaran kadiaq bagi dekat family aku:

Steady groomsmen bawak hantaran pakai baju hipster haha
Dulang 1 : handbag Sogo (i forgot the brand). Harga 190 kot. Ke kurang lagi entah. purse cute gila beli dekat kiosk CS. Rm 30+ x silap. Omeyyyy.

Dulang 2 : coklat (sponsored by bos kadiaq wehuu thank you setahun makan tah habis) which aku bukan penggemar choc so end up kade yang makan hahaha.

Dulang 3 : cincin (obvs) rm500? Tak ingat and jam yang beli sepasang dengan hantaran ke lelaki

Dulang 4 : *i really loveee this dulang* kasut kawin (chirstyNG Maigod i really love that shoes *love love*). Funfact: member belanja half kasut ni so iols tinggal bayar lagi half. Thank you bebeh. :* harga dia 399 x silap hiks dapat lah merasa sanding tinggi sama dengan kadiaq kononnye.

Dulang 5 : set solat (telekung biasa rm40 beli kt pasar malam, Alquran pelangi (love it) beli dekat Angsana rm40 kot, and Sejadah(yang sedia ade je dapat free orang bagi hahaha)

Dulang 6 : minyak wangi victoria secret! Zaman ni macam must have je ade dekat dalam dulang. Time ni pn mengada la nak jugak. So kadiaq kirim dekat sedara study dekat us belikan hahah. Around rm100 la untuk 3 botol. Dulu dekat joho takde victoria secret oke :p

Dulang 7 : disebabkan mak nak jugak sireh, kadiaq pun gagah a day before kawen belajar buat sireh dekat kedai barang pengantin. akak akak tu pun melayan je.haha

fun fact : kitorang majlis 27th, Kadiaq gaji on 26th. so on that day baru kucar kacir beli cincin hahahaha. tak pernah tengok harga emas pun selama ni. sekali main datang kedai cari paling simple pastu pap beli. hahhahaha

*iols selang dulu k no 5. Proceed no 6 dulu hahah*

6. Photographer (RM2k and beyond)

Hahaha. To admit kenduri aku memang aku spend lebih dekat pelamin and photographer.

Dekat pelamin sebab aku acah nak lain dari orang. So willing la bayar mahal and Alhamdulillah la better dari aku expect and memenuhi citarasa aku yang tak berapa nak tau apa aku suka sebenarnya.  Hahah. Perempuan kan.

So untuk photographer, time tu memang tak ramai photographer terer ambik gambar ni. Bukan macam sekarang. And CST is wish list aku dari aku zaman study aku berangan kawen nak shoot by CST. Hahah. Berangan tinggi tapi nasib dapat.

Syukur sgt time tu cst ade buat promo rm1499 untuk 1 event ya tohan rasa nak lompat bintang. Terus paksa kadiaq bersetuju ambik cst. Hahah. Plus transport cost pergi kampung mat maslan ni memang mahal tapi aku tak pedulik asalkan aku dapat shot by CST and ade live hapdet (jakun ok time tu bukan banyak macam sekarang hahah)

Mula mula kadiaq macam skeptikal la bayar mahal mahal ni lawa ke gambar. Tapi bila tengok hasil Allahuuu nak menangis rasa hati ini. Haha. Fairytale sangat. At least to us la kalau korang tak rasa macam tu aku peduli hape. Ihiks.

Wiii sukaaaa. *love love*

Kitorang photoshoot depan dewan je. Actually depan dewan tu tempat kitorang first dating dulu. Gagah naik basikal pergi sana. Tak sangka pergi time tu dah kawin. Terharu angat. :)



Time nikah actually tak ambik CST sebab bajet tak cukup hahah. So mintak tolong kawan kade shoot je. Thank you


Hehe. Rindu pulek kenduri sendiri. Repeat jom kadiaq hahaha

Funfact : sampai sekarang tak print out lagi gambar gambar kawen buat photobook lol. Tak terbuat buat. Ahaks.

7. Kad Kawin (rm300)

Okay cerita pasal kad kawen ni. Ade la funny funny story behind it. Tp time tu takde la rasa kelakar memang nak mengamuk je kejenye hahahah. Sikit lagi nak bertomoi dengan orang kedai.

Ok so jumpa 1 kedai nim RNDesign, based dekat Plaza Larken. Tapi kitorang pergi expo wedding masa tempah kad kawin. So dapat la murah. Rm300 untuk 500 kad, plus 300 buku zikir harian rm 240. Design boleh pilih sendiri or bai sendiri punya nanti dia try buat.

Ok. Kitorang tempat bulan 3. So bln 6/7 baru confirm design sebab dia cakap awal awal susah. Ok lah so google google jumpa la kad kawen yang kitorang suka . Bagi kat depa, sekali depa buat meraban gila terus jadi gothic kad kawen aku. Emo dengan celoreng segala. Nangis aku tengok.

Last last kade la bersengkang mata tolong design semula kad kawen. Thank you awak. Kalau tak memang dah bertumbuk dah dengan orang kedai tu hahah.

Wiwiwiwi sukaaa
Soo since tempah bulan 6/7 tu kan. So dia cakap dalam sebulan boleh siap, tapi tunggu punya tunggu tak siap siap jugak. Mak ayah dah start bebel sebab diorang nak balik ganu hantar kad kawen kat sedara mara. Kitorang start pening. So masa tu dah nak bulan 9 kitorang pergi la balik kedai tu.

Seminggu dia cakap minggu depan, pastu minggu depan lagi eh tak boleh jadi ni memang aku jadi bridezilla kat kedai depa. Baru ada akal terus esok siap hah siap bagi freegift props untuk orang ambik gamba time photobooth tu. Hahaha. Adoi. Tak pasal nak jadi bridezilla baru boleh jalan.



Hah. Macam penat la pulak taip panjang panjang. Aku mohon point 5 dan lapan sambung dekat part 3.

Bai yu ols. Moga bermanfaat.


No comments: