Friday, January 1, 2016

Kos Bajet Kahwin Saya (Part 1)


cilok dari fesbuk. lol
*danger : extremely longgggggggggggggggggggggggggggggg entry*

Salam hi chuols. Selamat Tahun Baru! omgggggg dah seperempat dekad umur aku woii! gile betul. hai Kecik, semoga tabah mengharungi hari hari yang mendatang.

soo semperna 2tahun 2016 ni aku dah pasang azam. Aku nak jugak share pasal wedding aku so mane la tau ade someone stumbled this blog dan baca, mana tahu ada manfaatnya, insyaAllah. 

Actually aku kawen da lama kot so macam takde la ingat sangat. Aku kawen sept 2014, setahun lebih dah nak dua tahun dah weyyy hahaha bapak lama. Tapi aku bersyukur sangat aku kawen before GST impose, so harga still reasonable lah. Kalau aku dengar kawan kawan aku bagitahu bajet dia kawen after gst, tertelan ayaq lioq jugak la. 

So first mende yang korang kena tahu before proceed baca,  yang ni more pada bajet kawen simple tapi realistik. Kitorang punya majlis gabung belah lelaki and perempuan. Jemputan kitorang pon tak ramai. Dalam 800-900 untuk both family punya guest. Duit hantaran yang Kadiaq kumpul semua ghaib pergi bayar segala untuk kenduri. Masa kenduri tu buat tanda je.

Kitorang bukan berasal dari family orang senang. So kitorang dalam setahun dari masa kitorang decide nak kawen, kitorang kumpul duit sendiri. kumpul gile gile sampai macam tak nak makan dah. Hahaha. Semua untuk kawen. 

Tapi dah nama nye nak kawen ade jela ujian kitorang kena hadap. Ujian kitorang datang mostly dalam bentuk duit lah. Masalah bertimpa timpa sampai one time tu terpaksa nak pinjam duit dekat bank. Tapi sampai bank, bank refuse nak bagi sebab nama kitorang bersih sangat. Ape ke siput gonggong dan cetan reason tu. Terduduk depan bank masa tu sebab wonder ape nak buat. Tapi Allah permudahkan urusan. Alhamdulillah. Akhirnya kitorang selamat kawen dengan jayanya. Rasa nak nangis sebab rasa achievement yang paling power kitorang pernah buat. Kitorang happy sgt. T.T

Ok tutup cerita sedih setahun lebih dulu, sekarang kita nak cerita pasal perbelanjaan kahwin. 
tulisan cakar ayam omg ampunkan beta

So few days back salah sorang kawan aku tanya berapa bajet aku kawen dulu. So i write that down dengan tulisan cakar ayam because yeah im no patient person. i know. hakhak. Ni untuk Satu majlis ye. Overall nikah sanding  buat satu hari and tempat yang sama.

So dekat bawah ni aku nak elaborate sikit point point mende korang kena bayar or allocate bila nak buat majlis kahwin

1. Makan catering - Rm 10k

So actually makan ni mak yang tolong pilih. Mula mula nak pilih caterer lain tapi macam tak best sebab dia masak tak sedap sangat. So one day mak pergi satu kenduri ni and dia rasa macam sedap gila. Then cari la caterer tu. Then bincang punya bincang dia tawarkan harga 10k untuk 800 tetamu (800 +- 200 makanan lebih + 50 bontrot (nasi berkat) untuk saudara) untuk dekat dewan.

Caterer ni dia bagi kitorang pilih nak lauk apa, makan apa masa kenduri. So dia bagi pakej:
(2 lane makanan)
2 jenis nasi
1 jenis ayam
1 jenis daging
2 jenis buah
2 air panas + 2 air sejuk
4 jenis kuih
1 cendol ? (Ni tak sure)
Makan damai yang kitorang xmakan dengan aman damai hahaha. (Regardless. Im happy)
Kerusi, meja dan alas meja boleh request kaler apa. Masa kitorang kitorang pilih kaler biru. Yuhuu.


masa tengok ni rasa omg omg eksaited gile babs betoike kite nak kawen ni kadiaqqqq kakaka

Mula mula ingat nak ambik candy booth. Tapi fikir dah banyak makanan, tak pe lah. Dah pawer dah tu (tips saving kahkah)

DJ pun ambik dengan kawan caterer. Ade la dalam rm 200 kot. Masa before wedding semangat download lagu tapi masa hari majlis lagu semua entah kemana. Messy gile hahah.

2. Goodies - rm 1500

Soo disebabkan kitorang bajet tak banyak untuk goodies, so kitorang fikir apa yang menarik tapi dengan harga yang murah. Masa aku kawen paperbag coklat dengan doily paper tengah 'in' masatu. Tapi konon taknak sama dengan orang aku ganti doily paper dengan tali and order custom Stamp Chop (Rm 40 termasuk postage) dekat ikahwin untuk ganti thank you tag.

Sory fie joy, gambar korang je yang pegang goodies kt ig. Kahkah.
Haaa contoh goodies ni macam kawan kitorang pegang dekat atas. Gagah gile ikat, chop, and masukkan jajan, zikir harian/tasbih. Sakit gila tangan. Kalau tak tekan betul2 tak cantik stamping tu nanti. Stamping tu pun kadiaq design sendiri ikot HJStory punya gambar.

Goodies yang kitorang isi dalam bag tu ialah Jajan dan zikir/tasbih. Tasbih tu mak aku buat sendiri since mak bosan dia tak tahu nak buat apa sebab aku buat preparation sendiri haha. Tasbih mak buat dalam 400 utas. untuk buku zikir tu order dekat kedai super murah dekat RNDesign. tapi kena tabah sikit la sebab dia lambat sikit. hhaha. zikir dalam 500 buku tak silap.

Untuk jajan, kitorang pilih gula gula yang kita selalu makan masa zaman sekolah rendah dulu. Gula gula susu, coki2, gula2 panjang tu lupe dah nama and gula gula asam. Murah, and kind of cute plus senang tetamu nak bawak sebab tak berat.

So tadaaa jadilah goodies hipster. Lol.

3. Bridal - RM 6,500 - Rm 7,500

Skop bridal ni besar sebenarnya. dan subjektif. ade orang nak berbelanja besar dekat baju, ade untuk pelamin and ade untuk make up. bagi aku yang penting baju dengan pelamin. make up ikutkan hati nak lawa tapi yang lawa semua starting harga seghibu. kau ghase? -___-

beberapa jugak la bridal aku pergi nak survey kononnya, siap kena tipu dengan bridal lagi. ahhaahahahahakuajaq sungguh.  pergi expo pengantin, kadang kena hina je sebab muka miskin muka budak nak main kawin kawin.

konon aku dengan kadiaq taknak lah pilih pelamin gaya sama dengan orang lain (bajet hipsturr walaupun sengkek) so kitorang memang willing spend lebih untuk bridal. kebanyakan jumpa dekat expo dan termasuk yang menipu tu pun lebih kurang je so kitorang tak puas hati. so aku pun google dekat internet, "best bridal in JB" kot. gitu lah. sekali keluar Prettyphannatiq Wedding dekat hasil carian. belek punye belek memang tak famous langsung nama bridal ni, tak pernah dengar and tak pernah lalu mana mana jalan dekat JB ni nampak nama dia, tapi pelamin deco dia buat semua lawa gile (really digs that black and white walkway) so kitorang decide nak jumpa akak tu.

pendekkan cerita akak tu memang baik gila. Linda namanya. even kitorang macam orang sengkek tapi dia layan baik, tak de diskriminasi. kitorang request pun dia buatkan je. ade yang dia tak setuju tapi dia replace dengan something more worthy la aku rasa. semua benda dia yang setelkan, decokan, dan kitorang excited sangat tengok hasil dia. (mata ade love love)

must admit, bit pricey dari bridal lain tapi kalau korang teringin jugak nak ade pelamin pawer boleh ambil dia as bridal korang.

so kitorang ambik dengan dia (RM 6000+RM400 transport):

1. pelamin (of course)
2. deco meja beradab
3. walkway
4. make up (2x)
5. tapak letak barang hantaran
6. photobooth
7. fresh flower hand bouquet

actually kitorang tak expect dapat photobooth sekali. bila tengok dia pasang malam tu rasa excited gile. haha

backdrop putih tu jee dia guna 64 helai kain. gile respect.  kerusi tu kadiaq yang request sebab nampak dekat kedai dia haha

walkway hitam putihhhh. too bad tak de gambar kiri kanan, lawa sangaaat. dengan fresh flower segala   



meja beradab ni sayang, takde gambar nampak deco. sedeyyy

note that baju aku tak ambik dengan dia, sebab aku ade kenan satu baju masa pergi expo tu and aku intend nak sewa. haha. baju kadiaq kitorang beli sebab susah nak cari blazer saiz kecik. lagi pun boleh pakai lain kali. sewa baju dalam 500 ringgit, dan baju kadiaq 400 ringgit (seluar, blazer, baju kemeja and bow tie kade buat sendiri)

close up baju. tudung dari calaqisya. spend too much time worrying about pelamin sampai terlupa nak cari scarf dan lain lain

bow tie tu dia buat pagi tu before nikah. haha

andddd for baju nikah sebenarnya ade story behind tu. long story short macam kena tipu (lagi) dengan tailor sebab mintak lain dia buat lain and end up jahanam baju so kucar kacir la lagi seminggu nak kawen cari baju nikah baru hahaha T_______________________T hangus duit rm200 beli kain.

so weekend tu kucar kacir cari baju baru. mak ajak pergi Angsana. end up jumpa satu kedai jual baju kawin murah. so beli lah baju aku punye rm280 (baju + veil + tudung) and baju kadiaq rm 100.

muka mengantuk tidur sejam je masing masing

kelakar bila ingat time wedding. once in a lifetime opportunity. hahaha. ok point 4-8 aku sambung next entry lah. penat nak taip panjang panjang. bukan orang baca pun. bai chuols.

happy new year! :D



6 comments:

idah_shi said...

Seronok baca. Tapi ada sambungan pulakkk. Suspense je. Haha

Fairuz Zainal said...

Best best! Sambung cecepat sikit! ��

Muhammad Faliq Abdul Razak said...

Cpt tau sambung...

Muhammad Faliq Abdul Razak said...

Cpt tau sambung...

Red Cherry said...

Salam..hai
Promot skit boleh..
Hee
Pakej perkahwinan serendah RM6.50/seorang serta PERCUMA makanan pengantin 12pax,meja beradap,kerusi raja,penghantaran kl/selangor
Hubungi 012-2949044
Terima kasih

Anonymous said...

Salam hai...saya ada menyediakan...
PERKHIDMATAN MAKEUP BAJET.
AREA SENTUL DAN SEKITAR KUALA LUMPUR.
PADA HARGA MENARIKKK...

CALL 018-3636986.
IG: pinkbeauty769.Terima kasih