Wednesday, April 2, 2014

Hectic month.

Sekejap betul dah April. Tetibe dah April. Aku masih tak move on lagi dengan kucar kacir yang melanda masa bulan Mac, tiba tiba dah bertukar wajah. *eh*

Semalam genap dua bulan jadi tunang kadiaq. Feeling dia macam nak meletuss. Kah. Mana ada. Over betei. Rasa dia macam bff taknak berenggang gitu. Dulu pun rapat juga, tapi bila dah tunang, rasa macam nak lagi rapat. Well crucial time lah katanye. Tapi kalau apa apa tengok jari belah kanan (tempat  cincin ada) so i can feel as if kadiaq ada dekat disisi. Gittew.

Kalau orang tanya aku feeling bertunang ni macammane, actually bertunang ni dia punya feel macam satu langkah kaki dekat dunia kadiaq and satu langkah lagi masih dekat aku. Rasa macam kadiaq macam aku punye tapi macam belum lagi.  Hanging. Sebab tu lah sebenarnya tak seronok sangat pun bertunang lama lama ni. Baik di cepatkan supaya kaki kita boleh berdiri dua dua di dalam dunia dia. Hah. Faham ke idok?

Dah masuk April, maknanya ada lagi 5 bulan lebih persiapan for our big day. Hectic nak mampos. Tengok luaran macam watlek watpis je tapi kalau kasi rapat sikit boleh nampak macam mana. Sini oke, sini pending, sinun dah greenlight, sini masih lagi pending tak sudah.

Gile woi.

Aku dlu ingat kalau nak buat majlis kawen ni kesah pasal makan and pelamin plus baju je. Rupanya BANYAAAAAAK lagi benda yang nak kena prepare. Goodies la, photobooth la, photographer la, kursus kawen la, tok kadi, location, anggaran tetamu semua semua. Argh steresssssss. Time mak aku kasitau berapa jumlah kiorang hangguk kemain laju.

Sekali...hambik kau. Kasi ikat perot sama diaaaaa.

Cakap pasal ikat perut.. Haih omagad terasa lah sungguh peritnyaa. Sekarang rasa macam nak makan pun sayang je nak bayar. Kadang rasa nak aje cakap dekat waiter 'akak tak boleh bagi makan free ke? Kitorang nak kawen' . Kah. Desperate betul bunyi dia.

Dulu masa awal awal prepare nak tunang konon dah berjanji pada diri nak update blog kawen (i do have one tapi not reveal to public) tapi nan hado maso nak mengupdate. Takde masa plus malas memang mengundang pengabaian blog ( macam blog ni) . So akhirnya terkubur macamtu saja. Haha.

Buuuut i do have my own checklist!!! Penat google sana sini cari check list palng lengkap since i have zero knowledge about weddings and kakak abang punya majlis dulu tak boleh nak buat rujuk sangat since dulu mak yang sposor segala. So dengan adanya checklist dapatlah trace benda apa nak kena buat and duit pergi mana. Well as a qs managing money is my life. Disebabkan selalu usung kesana kesini habis lunyai chwcklist tu. Sadis betul tengok. Harap checklist bertahan hingga bulan sembilan. Pray for checklist *tibe*

Bulan Mac hari tu antara bulan paling pressure sejak preparation ni. Tapi kitorang bersyukur, Allah uji kitorang cuma sikit aje berbanding orang lain kena lagi dahsyat. *insaf* and all the thngs that happen makes us love each other better. :)

Walaupun hari ni baru dua haribulan, tapi dah boleh bayang kitorang sibuk macammane bulan ni, dengan kekangan duit lagi. Sudahlah cuti beza; aku cuti sabtu ahad but kadiaq cuti jumaat sabtu. Aduh duh. Sabtu sajalaj kitirang ada. Tapi tak apa. Cuba hadapi dengan senyuman. Hihi.

Soo antara plan nak buat this month:

1st week : appointment dengan bridal
2nd week : appointment dengan photographer and attend wedding bff; fana
3rd week : pergi kursis kahwin! Haha kitorang baru nak pergi
4th week : tba. Tak tahu lagi tapi rasa macam kena buat something jugak. Erm erm.

Bizi sungguh. Pasal venue still pending lagi sebab masalah masalah tertentu tapi kitorang masih tak give up. Harap la dapat venue yang kitorang idam idam kan tu. #stillhoping . Selagi tak ada venue still pending sana sini. Hah *tarik nafas*

Doakan kitorang tabah and tak kalut prepare pasal majlis ni. This is one of the biggest function ever kitorang organize. Sekarang ni rasa macam kitorang client, and kitorang sendiri consultant and project manager. Aigoo. Soga dipermudahkan.

Mood : menyusun aturcara. Gaaah. Itu pun susah jugak woi!
 

No comments: