Saturday, June 29, 2013

80 sen.

dalam sebulan, aku paling eksaited last week of the month. sebab aku eksaited:

1. 26 hb monthversary dengan pakwe.

2. valuation untuk 4 projek.

3.meeting.

and pengaruh paling besar sekali,

GAJI.

ya. gaji ialah perkara terbesar yang ditunggu tiap tiap bulan. pantang dah hujung bulan, haruslah refresh maybank2u sampai bosan tunggu tengok dah floating ke tak.

dipendekkan cerita sekarang ni aku sengkek. dalam bank semua tinggal 10 ringgit. 10 ringgit memang tinggal untuk emergency tapi tak tahulah kenapa 10 ringgit, yakin sangat bank nak layan.

dah ya, bank malas nak layan. dia tak bagi aku keluarkan 10 ringgit. sadis.

disebabkan banyak bank dah aku try nak cucuk duit, kad mula tak berfungsi. orang kata kalau tak berfungsi and cip dia yang problem, pergilah try guna pemadam try rub off that chip area.

tengok dalam dompet aku korek korek cuma ada 80 sen. memang sengkek betul aku. rasa kalau aku yang selepas gaji tengok aku sekarang ni confirm kena gelak.

aku pergi popular, aku beli pemadam fabercastel, 80 sen dibijik. amboui mentang2 aku ada 80 sen dia sapu bersih duit aku. cilaka.

dah padam, aku try semula, alhamdulillah bolej guna. harap bila dah masuk gaji nanti boleh la aku keluarkan duit T.T

harapnya nanti bila aku dah senang aku ingat balik aku yang susah dulu (sekarang ni). hidup diteruskan. jyeah.

4 comments:

| CIKZEK | said...

menjadi ek ? hahaha boleh praktik ni ^^

shida said...

haha. menjadik! dulu time belajar selalu buat heee :D

idah_shi said...

Chaiyokk kecik! :)

shida said...

thnx idaaaaaaah :)