Sunday, March 31, 2013

lima tahun.

masa keputusan spm keluar hari tu, aku ada post di muka buku, perasaan yang aku rasa pada zaman aku dulu; gementar menunggu keputusan esoknya. neves kemain, sebab tahu result lebur, sekolah pandai, tapi result ku lebur. lulz teruk betei perangai.

5 tahun dah berlalu rupanya. lama betul. pejam celik pejam celik dah 5 tahun. ku ingat lagi 5 tahun lepas, aku cuma seorang pekerja kilang cabuk yang penipu, bagi gaji rendah pada pekerja, tapi kalau sekali potong sebab ponteng nokharom 50 ringgit dia sedut, celaka betul!

aku kerja sana bukan aku rela pada mulanya. aku kerja 2 hari balik rumah badan bahu sakit macam apa, sapu yoko-yoko terus menangis rasa macam kena gigit. hari ketiga ku kata dengan kawan ku, aku givap, tak mau lagi kerja jadi minah kilang. tapi kawanku berkeras suruh teman dia bekerja. tapi padahal sebab dia dah terjatuh cinta dekat seorang mat kilang sana. lulz

masa ku kerja, boleh kata ku seakan mengerti realiti kehidupan, bagaikan alam baru, satu suasana hidup yang lain. di sana ku kenal ramai warga asing dan mat rempit.

yang aku faham ialah masing masing ada kisah sendiri; kebanyakan mat rempit ini dari golongan susah, makan kadang tak mampu, adik beradik ramai keluarga turun temurun kerja kilang. ku sayu juga bila dengar ceritamereka, dan terus bersyukur atas nikmat Allah bagi untuk aku.

yang lain ku belajar di sana ialah lelaki gila seks. bangla gila seks, vietnam gila seks, and melayu gila seks. sepanjang ku kerja gangguan seksual memang ada di mana mana. tapi ku cuma pekakkan telinga, tak melayan. tapi kenyataan itu akan ku ingat sampai bila bila, hingga mati.

sepanjang aku kerja di sana, saat tu juga ialah saat paling rebel dalam sepanjang hidup aku.ku selalu bergaduh dengan ibu ayah, dengan bodohnya aku merasakan yang mak ayah tak sayang anak dia yang bongsu ni. ku banyak bergaduh, hempas pintu sana sini, 'silent treatment' lah dan bermacam hal lagi. aku juga bergaduh perihal hal masa depan aku; pilihan kos yang bakal diambil dalam universiti. jadi aku menggunakan saat ku menjadi pekerja kilang cabuk sebagai 'escapes'

tough time.

4 bulan juga ku bertahan kerja di sana. ku kutip pengalaman sebanyaknya sebab ku tahu lepas itu aku takkan mahu kembali ke sana. dan alhamdulillah, Allah menyedarkan aku tentang kemanisan hidup apabila aku masuk melangkah ke uni.

nun tercampak di seri iskandar, buat ku sempat menganalisa dan bersyukur apa yang berlaku. ku tinggalkan segala memori kilang cabuk penipu itu dan ku teruslan kehidupan.

alhamdulillah, selepas 5 tahun, adanya aku disini, sudah tamat belajar, mula lagi sekali kehidupan baru. sekarang ini baru belajar untuk melangkah berdiri di atas kaki sendiri. payah, susah, leceh. segalanya ada. tapi tak apa, Allah ada, orang yang sayang aku sentiasa ada.

semoga Allah sentiasa merahmati perjalanan hidup kita semua. amiin.

ps: ku berjaya melepasi zaman itu semuanya atas dorongan kamu. ya kamu. kamu yang jumpa aku dikala ku ghaib. hingga sekarang. terima kasih. kau memang segala penawar dalam racun hidupku. sayang kamu. :)

No comments: