Wednesday, February 20, 2013

Setia.

Hari tu dekat tuiter ada aku retuit satu tuit ni, yang berbunyi leh kurang macam ni :

'aku tak de la sokong sangat pr, tapi aku memang tak suka kerajaan sekarang ni'

Bila aku retweet, maknanya aku setuju lah dengan kenyataan orang tersebut.  But then kawan aku mencelah secara unmensi. (Aku tau lah dia sound aku sebab dah banyak kali dah aku kena sound unmensi dengan dia. Ntahpape. Nak unmensi cover cover lah, tak pun mention nama aku, senang) . Dia tweet dengan ayat lebih kurang begini :

'tak sokong bn tapi sokong pr sikit2, lalang much? Tak setia langsung dengan apa kau sokong'

Lebih kurang gitulah bunyinya. Bila aku baca tu emosi jugalah. Ya lah. Aku kan suka emo emo ni. Lol. Tapi bila aku baca aku terfikir sebentar dengan ayat dia.

Setia? Apa maksud setia? Setia dengan apa aku sepatutnya sokong? Hmm. Thats a big word use there. Berat perkataan tu sebenarnya.

Lets say, aku bercinta tak ingat dunia dengan pakwe. Even walau dia jatuh tergolek terduduk pun aku tetap setia. Tapi kalau tetiba dia buat perangai aneh2, pergi curang dengan perempuan lain ke, pergi spnglap duit aku ke. Hah itu dah lain macam, kalau macam tu terpaksalah aku melepaskan setia aku dan move on kepada orang lain.

Sama lah applikasi situasi tadi dengan parti yang aku nak sokong. Aku tolak mentah mentah yang ada sekarang sebab aku rasa pada perhatian aku, aku dah tak boleh setia nak sokong dia dah. Dia banyak kali hancurkan harapan, sampai setiap perlakuan dia aku persoalkan, samada dia betul2 ikhlas atau tak.

Bagi yang pembangkang pula, buat masa sekarang ni aku setia sikit, tapi tak utuh lagi, bagai baru dalam proses mengenali hati budi. Kalau dia buat hal, maknanya say goodbye dan kita akan move on cari pihak lain untuk aku setia.

Bagi aku, aku tak adalah fanatik sangat dengan pembangkang. Tapi aku sudah rasa ABU. And aku tak pernah sokong PTPTN free. K.

Ehem. So.

Kita kalau nak setia jangan membabi buta. Kalau kita rasa dia dah tersasar, berusaha lah untuk mengubah dia. Kalau tak boleh juga, bawak bawak lah move on. Memang susah nak move on kalau benda kita dah sayang ni. Eceh.

Jadi marilah kita setia berpada pada. Walau untuk apa pun anda setiakan. Sekian.

P/s : hope for no hard feeling for friends who have different opinion and idea with me. Jange risau. Kita sumua punya hak.  :)

1 comment:

~Miejah da' blurpzz~ said...

Btol Lah tu..aku pon x sokong Ptptn free.. :D
p/s : Politik sekarang,"kotor" sikit..(pndpat dari aku yang bukan org politik,xde darah politik.sekian..hehe)