Tuesday, August 28, 2012

a long day.

hellow.

hari ni 27 ogos. hari isnin. dan hari ni panjaaaang sangat. hari ni ada tiga cerita. cerita tengahari, cerita petang, dan cerita malam. mari aku jadi tukang karut, cerita sikit hari yang berlalu.

cerita tengahari.


aku tak tahu kenapa. siang tadi bukan siang yang menyenangkan. mungkin sebab PMS. ditambah lagi dengan bisu aku ni ha. ulcer. hari ni dia punya besar memang seronok. bau dia pun kalau cakap dengan orang pun boleh pengsan. tu aku malas nak bercakap dengan orang.

tapi tiba tiba mak buka cerita tentang benda aku tak suka. ah. ini pantang. i tried to be good, so the solution, i stepped back for a while. i cried a little, dan tengok Ninja Kids, live action Ninja Boys. kelakar tak hengat sampai nangis aku pun hilang.

cerita petang

tengah tengok Ninja Kids, mak suruh pergi kedai beli susu omega. aku pergi la dengan akak. tapi entah macammane boleh sampai McDonald. masa on the waydapat satu call dari KL. tengok nombor KL dah tau sangat, ni mesti orang call suruh datang interview. yyuhhuuu. dengan terkehel mulut aku ni speaking dengan ulser ni cakap nak next monday, at 10am. vah vah mampus kau suka hati bagi waktu.

balik rumah bagitau kawan, sekali rupanya kawn pun dapat interview sama. masa tau tu rasa nervous juga. sebab kawan dapat sama, makna kena bersaing dengn dia. tapi tak apalah. doa yang terbaik untuk kita.

tapi tiba tiba teringat pasal mini transkrip. ah sudah. macammane? tak masal masal dah kelam kabut pula ni. huuu

cerita malam.

tengah serabut fikir pasal mini transkrip ni, nampak akak idah update status "selamatkanlah anakku jazri". aku ni tertanya tanyam entah kenapa pulak budak ni, hari tu elok je gelak sakan. aku ni dengan mulut bisu aku tanya kenapa? dia pun call.

rupanya anak saudara comel aku tu kena sakit usus kecil masuk usus besar. benda ni selalu terjadi dekat kanak kanak, especially dekat umur 6 bulan hingga 5 tahun. and to make it worse, it can be happen over and over eventhough dah operate. doc cakap tak tau punca, tapi kitorang syak kemungkinan besar sebab dia belajar duduk terlalu awal dan belajar makan terlalu awal.


sian so comel. semoga cepat sembuh ea adik? :(

hmm. what a looong day. macam macam berlaku. macam Allah janji, tak sesaat cepat, tak sesaat lambat. ya Allah. sihatkan lah semua orang. semoga kembali seperti biasa.


p.s : pray for korea, pray for us, pray for japan and other states for the typhoon already/will happen there. nauzubillah sampai dekat Malaysia. :'(

No comments: