Wednesday, March 25, 2015

#knkBEEtogether : the venue.

Assalamualaikum. hello!

dah pukul 11 malam tadi kadiaq tak balik rumah lagi. oh well. so due to boredom rasa nak borak dekat belog sendiri walaupun kengkadang rasa ntahpape je aku tulis dekat sini. but its okay, takde orang baca (sedapkan hati). eher

tadi aku try nak masak makaroni goreng, tapi dengan bongoknye aku tak check dulu aku ade cili giling tak. rupanya cili giling aku ada dah basi. adei. dah rugi. terus malas dan terus men 9gag.


tetibe terasa nak mengingati (apa ayat aku ni ) masa time prepare wedding dulu.

masa nak prepare wedding, memula kitorang berangan nak kahwin dekat sekolah. sebab konon konon nak mengenang kembali zaman baru cinta bunga bunga sakura berputik time kayuh basikal sama sama wahahaha. then berangan lah nak reenact balik moment time dekat sekolah.

soo time baru lepas tunang tu truih la pi pejabat sekolah kunun nak mntak izin guna dewan. first time pergi aku pergi dengan akak aku. macam harom kena halau siap cakap "mana ada dewan sekolah buat kenduri kawin!" pentipu betei. habis dulu aku pergi wedding dekat situ tu kenduri siapa? hantu? cipan sungguh.

so then i talked to kadiaq. i said to him to try his luck pulak sebab dia kan stock stock budak pandai lagi baik dan kamceng dengan cikgu lulz. since kitorang punye cuti tak sama time tu, (aku cuti sabtu ahad kadiaq cuti jumaat sabtu) so ade one time tu dia kena ponteng separuh hari sebab nak pergi sekolah lagi sekali.

sooo next weeknye kitorang pon pergi lah sekolah lagi sekali. this time kadiaq cakap sendiri, elok pulak kerani tu cakap dengan dia suruh buat surat dekat pengetua if nak guna dewan. chis chis chis chis chis. kenapa layanan aku dengan kadiaq berbeza!

theeeeen balik dari sekolah kitorang terus dengan semangatnya nak buat surat bagi dekat pengetua. then kononnye punya lah nak surat tu sampai dekat pengetua betul, kitorang came out with this crazy idea; pergi rumah dia terus wahaha.

then next weeknye lagi (well kitorang cuti sama hari sabtu je therefore apa nak buat boleh hari sabtu je) kitorang try cari rumah pengetua. nasib lah anak pengetua member kitorang and kawan aku ade tahu rumah dia dekat mana. so kitorang pun rushed la pergi rumah dia. dijadikan cerita, rumahnya tiada orang. omai. "wat is dis" hati aku berkata time tu. then disebabkan tekad gile nak dewan kitorang tunggu depan rumah dia sampai bazar depan rumah pengetua dah bukak and aku sempat beli baju satu. tapi hampa. so kitorang pun pulang lah dengan harapan yang kecewa frust menonggeng seperti rasa nak babap je gate dia.

well, pantang si kecik nak mengalah (kate ko), minggu depannya kitorang try lagi. few days before tu mama kadiaq ada bagi nombor pengetua dekat kadiaq. i dont remember macammane dia dapat tapi awesome jugak la. tu macam last resort la if dia takde rumah lagi haha. well, Allah lagi maha mengetahui, pengetua sekali lagi takde dekat rumah hahahahhaaha T_____________T

so nak tak nak, terpaksa call juga pengetua sebab we cant afford to wait anymore. kadiaq dengan neves tapi gagahkan juga dia call, Alhamdulillah panggilan terjawab.

malangnya, hajat yang di luahkan tak dibalas. mai gad.

rasa stuck gila. masa tu dah bulan tiga, nak prepare semua stuck. kitorang takde tarikh. takde tempat. tak boleh confirm bridal, tak boleh confirm wedding card. everythingggg rasa stuck.

macam down jugak la masa tu. dengan dugaan lain yang melanda tiada berkesudahan ~ well telan ajelah sebab nak kahwin.

tapi Allah sememangnya maha Awesome dan Maha Besar. Allahuakbar.

suddenly my sis said,

"apa kata akak mintak tolong kawan akak, bos dia kenal pengetua"

i was like "seriously? he can help????"

masa tu rasa ragu ragu tapi tu je lah last resort because i dont want to make my wedding at my home sebab malas nak susahkan mak ayah. pengalaman akak dengan abang kawin dekat rumah sungguh disaster. aku dah tak sanggup. waktu abang akak kawen aku yang tolong kemas, time aku sapa nak tolong mak ayah kemas? haaa therefore aku insist nak dekat dewan.

then aku cakap dengan kawan akak sendiri, dia cakap memang dia nak tolong. rasa macam terharu gilaaaaaaa nak menangis sob sob jugak la. hahhaa.

tapi paham ja la, mintak tolong orang, kita tak boleh nak paksa. karang dia bosan. aku pun bersyukur kawan akak tak marah aku asyik tanya tanya sebab aku rasa sungguh STUCK.

masa bulan lima, finally bos kawan akak tanya dekat pengetua. malangnya, it still no. dia cakap;

"masa bulan 9 dah bulan exam. saya tak kisah kalau waktu lain. tapi kalau dah akhir tahun susah sikit"


 CRAY.

despair gile.

down for the second time.


stress agung sebab masa tu macam erkkkk nak buat apa nieeeeeeeeeee huaaaaaaa


again, due to Allah's merciful, dia bagi lagi jalan lain dekat kitorang. *lap ayaq mata*

kawan akak sekali lagi offer untuk book dewan jubli. masa tu rasa erk boleh ke sebab dah memang sohih penuh sebab tahu memang ramai gila orang kawin sana. lagi lah sekarang orang kawin sehari je dekat johor. and actually aku ade gak try mintak sebelum tu tapi dia memang cakap dah penuh untuk bulan 9.

tapi disebabkan Allah maha Pengasih dia lembutkan hati bos kawan akak lagi sekali untuk tolong dan Allah tolong lembutkan hati orang majlis jugak sebab terima surat kitorang untuk mohon guna dewan.  so dapatlah tarikh guna dewan 27 september 2014.

Alhamdulillah.  setelah enam bulan sengsara takde tempat kahwin, kitorang baru confirm ada tempat nak kahwin yay! boleh confirm tempat dengan bridal! boleh tempah kad kawin! sumpah kalut gila masa tu sebab baru rasa macam omg yay nak kawennnnnn

masa dapat tahu pasal dewan tu, dia cakap, sewa dewan 1k, wang amanah fatonah 1k. so total 2k kena bayar tapi bulan ogos karang. masa tu still rasa anxious sebab rasa macam eh betoi ke aku dapat ke tipu je ke ke sebenarnya tak confirm lagi ke ke ke ke tapi work still need to do.

*panic mode*

masa bulan lapan tu, kitorang pon pergi la majlis nak bayar duit. tapi ada satu masalah kecil dimana en abu (kerani majlis) cakap nama aku takde. i was like "WOI AKU NAK KAWIN LAGI SEBULAN KO JANGAN NAK SABOTAJ!". aku terus call cakap dengan kawan akak pasal apa yang en abu cakap aku kena bawak surat lah apa lah untuk bukti aku dapat dewan. mujur kawan akak cakap it's okay, aku boleh ja bayar sebenarnya.

k. next weeknye kena datang lagi sekali bayar duit sewa dewan. masa tu terus rasa ya Allah finally baru rasa betul betul dapat dewan. teruja gila. rasa nak sujud syukur dekat kaunter tu. lapan bulan sengsara fikir pasal lokasi majlis, then its officially mine.yey

 so macam tu lah cerita macammane aku dapat lokasi majlis.

benar orang kata "Allah tak beri apa kita minta, Allah beri apa kita perlu". kita minta yang kecil, dia bagi ujian, tapi Dia balas lagi baik, better awesome dan terbaik dari apa kita nak.

Allahuakbar. :')

ok. till then. kalau rajin aku sambung part lain pulak. bai.