Monday, May 13, 2013

kata dua.

kadang kadang, aku rasa dalam otak aku ni ada dua ketua; ketua rasional dan ketua rebel berjiwa muda. kadang kadang aku langsung tak tahu nak ikut yang mana.

sedar tak sedar dah 8 bulan ku hidup dalam dunia pekerjaan penuh kecelakaan ini. alhamdulillah semakin baik, dan aku semakin boleh berlakon konon konon meletakkan sisi rasional aku paling depan diantara semua.

tough job.

8 bulan, dan aku semakin keliru diri aku yang mana sebenarnya.

gila.

jadi semalam aku teringin menganalisa semula diri aku sebenarnya; apa yang aku mahu, apa yang ku rasa, since aku asyik acah acah meletakkan sisi rasionalima di depan (kahkah apa benda ni kecik).

aku tinggalkan kerja aku, aku pergi membawa kereta tanpa hala tuju, itu destinasiku. eh.

apa aku mahu pada ketika itu aku mahu berjalan seorang diri, lalu ku ternampak signboard desaru, tiba tiba aku menghala ke sana.

sepanjang perjalanan aku berfikir banyak perkara. since jalan pula tak banyak kereta, and jalan ala ala kampung sikit, jadi macam feeling gittew.

aku suka ingatkan diri aku tentang umur aku. sebab aku tak suka diri aku terlalu stress dengan benda tidak perlu. sepanjang perjalanan, aku ingatkan diri aku, aku cuma 21, masih belum 22. jadi jangan aku paksa diri untuk kuat, untuk tahan segala ujian yang lebih sedekad ku hadapi ini.

masa aku drive, aku baru perasan yang jiwa aku tiada. banyak yang kosong, jiwa yang perlu diisi, tapi tak tahu lah, mungkin tak sempat nak diisi.

ku buka semula senarai impian yang ku tulis, semasa aku masih digelar pelajar. acah acah impian untuk dikejar masa zaman muda ni lah. tapi bila dah kerja ni haram semua jatuh ke longkang.

sedih juga aku. kalau ikut list aku, mungkin cuma satu yang bertanda; dapat kerja. sadis.

sampai di desaru, ku tengok air laut. aku spontan berdoa yang ku tak mahu pulang ke dunia sepi. dunia yang ku punya segala tapi jiwa ku kosong.

dengan baju lusuh dan seluar lama ku terduduk di tepi pantai. sayu. sayu hati ini takda sapa yang tahu. ku menangis, sambil ku menulis 'escapism'; merujuk pada perasaan aku yang ingat keluar dari tercepit ini.

orang sekeliling ku persetankan. pasangan kekasih yang lalu lalang depanku, langsing ku tak hirau. entahlah, mungkin kalau diorang lihat aku semalam mungkin mereka rasa aku baru lepas putus cinta.

well, aku putus cinta dengan diri sendiri sekarang ni, lagi sayu. jiwa muda ku kalah dengan jiwa rasionalku. 95% ku guna rasional di mana mana. deal dengan akak akak tua yang wajib ada sikap egois yang tinggi, memang buat orang rasa nak bg penampar.

setelah 3 jam beranalisis, aku pulang. tapi sayang, yang ku unkai semuanya tiada jawapan.

tapi ku gembira, ada suatu saat aku dibenarkan bebas tok guna jiwa rebel itu.

klah. bye.

2 comments:

Anonymous said...

Bahaya jika ada dua keputusan, kena ada 1 sahaja, jangan blur.

shida said...

blur itu satu sifat aku. haha. thanks for the reminder dude