Sunday, November 11, 2012

The early journey

hollla

awkwardnya. rasa macam dah berkurun tak menulis. rasa macam sudah bertahun. nak tulis pun tak tahu nak tulis apa. macam macam benda jadi. terlalu banyak. rasa macam bumi berputar laju, selaju hidup aku sekarang ni.

kengkadang ku tak tahu yang mana aku patut biarkan berlalu, perasaan aku ataupun memori aku. heh entah. sebab tak tahu yang mana satu yang seronok untuk disimpan, sebab hari hari berlalu ku rasa, entah? sampai ku tak tahu nak rasa apa. sakit kah, sunyi kah, seronok kah. entah.

iya, ku tak nafi seronok juga bergaul dengan akak akak ni, dilayan bagaikan adik suci. mereka nak marah pun tak sampai hati. kalau mereka mula nak buat kepala, aku dulu yang mula melarikan diri. buat hal sendiri, itu yang aku buat, setiap hari. bijak kan?

sekarang aku dah duduk di bandar baru uda, tempat yang begitu asing bagi aku. entahlah.sejujurnya aku tak pernah rasa Johor (Bahru) ni awesome. bandar pun kotor, busuk. bangunan pun bangunan lama. hari hari aku lalu. pergh aku tak pernah rasa pun Johor ni penuh dengan bumiputra(paham pahamkan saja maksud aku). cuma baru baru ni saja sikit sikit bangunan mula renovate, or penambahbaikan, kalau Komtar tu semua dah habis roboh. nasib tinggal menara office aku ni je. tu pun kalau si godang yang berlari, habis bergegar bangunan, woi cuak woi!

hidup aku sekarang dikelilingi lukisan lukisan jurutera struktur dan juga lukisan arkitek untuk diukur dan dikira berapa jumlah material yang digunakan, (in case pada sesiapa yang tak tahu kerja juukur bahan macammane).  ini sebenarnya secebis je dari kerja-kerja juukurbahan kena buat. payment, site valuation,meeting, tendering,contracting,advising,kena marah dengan client-ing juga merupakan antara kerja juruukur bahan.

bila aku nilai semula hidup aku sekarang ni, hidup aku memang super lame. kalau orang dengar cerita aku, mesti orang cakap aku seorang yang lame. ambil fast track dua kali, umur 21 dah kerja. macam tak enjoy hidup kan. sekarang bangun pukul 6, sembahyang, online sekejap, pukul 7 lebih pergi kerja, pergi beli air dekat cafe tingkat 21, kerja kerja kerja kerja, balik rumah, lalu danga bay sebentar, balik rumah, mandi, borak dengan housemate and then tidur. yes, i am that lame.

gaji pertama sudah aku rasa. alhamdulillah. hasil penat lelah aku akhirnya ada juga hasil. tapi itulah. bulan ini sungguh banyak perkara berlaku, dan akan berlaku. emak pun sudah pening dengan cara aku menguruskan duit, sebab aku silap percaturan, percaya pada benda yang aku sedia maklum tak boleh percaya. hah. tapi perkara dah berlaku, cuma lepas ni aku perlu lebih berhati hati.

aku suka bilik yang aku sewa. selain dari housemate yang peramah, tapi bilik di tingkat 6 dan sedikit seperti di atas bukit, memang strategik sangat 24 jam angin lalu. dari rumah juga boleh nampak Tune Hotel and diverse jalan untuk ke Skudai Kiri dan juga Tampoi.

ya. semakin lama semakin awkward entri ini, aku pun tak tahu kenapa. mungkin kerana otak aku sudah pening, ya, dah lama tak tidur lambat, sungguh sihat waktu tidur aku sekarang ni. Jadi sampai di sini. Oh ya, terima kasih lagu Boyfriend-Janus. Tak tahu kenapa, bila dengar memang buat aku tersedar yang aku baru 21.

Random.kbye.


No comments: