Sunday, March 3, 2013

jammed.

masa aku bawak kereta peri shah alam dulu, jalan sesak (jem) ialah perkara paling siot sekali dalam sejarah. buang masa dan buang minyak. lagi menyampah kalau kita jem time nak masuk selekoh lagi 100m tapi jem nokharom sampai stengah jam. -.-

ada sekali aku interviw dekat kelana jaya, jalan yang suppose boleh sampai 15 minit tapi sebab jem aku sampai nak dekat sejam. pernah juga aku drive acah acah nak pergi klcc pada malam sabtu pada petang hari sekali ambik kaw, dari shah alam ke petaling jaya je 2 jam setengah. lepas dari tu aku phobia nak keluar hari jumaat petang lagi -.-'

sejak aku bermastautin dekat Johor (johor bahru) ni aku rasa aku tak pernah experienced jem teruk.  kalau ada pun takat takat skejap jelah dalam 15 20 minit stuck dekat jalan mrnghala ke Woodland sebab aku nak pergi menghala ke EDL time tu. gedik kan. haha

rumah aku ke opis pun baru 10 minit la. jem pun tak dahsyat sangat. takat takat acah acah jem sikit je lah. tapi tetap 10 minit juga. haha.

so semalam aku OT. yelah pekerja cemerlang macam aku ni perlulah OT (mata ke atas tangan ke bah eh ada lagi ke orang pakai meme gini).
ehem. so. aku tahu lah semalam ada bola dekat stadium larkin, JDT lawan N9 (yay joho menang! k cakap joho pawer kau tak percaya). aku tahu la jlan mesti jem sikit. tapi aku tak tahu pula malam semalam ada festival chingay.

aku ni pun buat lah kerja dengan tekun, dalam maghrib tu aku pun nak balik rumah. sekali tengok ambik kau. jalan jem gila depan komtar. tak pernah aku tengok jem macam tu.

selepas aku tengok trending #jbtu dekat twitter aku baru tahu ramai yang stuck dalam jem dalam stengah jam-sejam. rupanya aku baru tahu chingay  tu dibuat dekat jalan wong ah fook, depan city square ni. ambui siap tutup jalan segala.

then sebab mak ayah aku suruh juga balik la ni jugak aku pun gerak lah. sekali padan muka saya, langsung tak gerak, stuck dekat depan JB sentral for 3 hours+++. lepas habis event baru boleh jalan. -.-

kereta semua dari hidup enjin semua matikan and keluar dari kereta. serius macam movie omputih. gitu. dalam pukul satu pagi baru lah boleh jalan. bila lalu tengok kereta berhias rasa nak pergi terajang je. argh.

tapi aku rasa yang epic fail ialah polis trafik jb ni punya management, dorang tak buat alternative langsung nak buat trafik lancar semula. masa dah habis tu baru la trafik sibuk jaga jalan; kejadah?

ni baru sikit, aku tak tahu lah kalau andaikata Bersih dibat di johor, rasa polis menangis tak tahu nak handle macammane. adui. laksanakan tugas anda. baru orang rasa respect.

No comments: